
JKM perketat kawalan masuk ke PPS Masjid Putra Heights
SUBANG JAYA – Berikutan aduan mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, di sini yang mahukan privasi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri bertindak memantau kemasukan orang luar bermula hari ini.
Petugas media yang hadir bagi membuat liputan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights, di sini turut tidak dibenarkan masuk bagi memenuhi permintaan mangsa dan menjaga privasi mereka.
Mengulas mengenai perkara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya mendapat laporan malam tadi bahawa kebanyakan mangsa tidak selesa dengan kehadiran pelbagai pihak sejak hari kejadian.
“Kita terima laporan bahawa sebahagian penghuni sudah ‘jenuh’ dan letih membuka tirai (khemah) masing-masing, jadi kita akan hadkan sedikit,” ujarnya ketika sidang media selepas melawat mangsa di PPS tersebut.
Tambah Amirudin, khemah-khemah di pekarangan masjid akan ditambah bagi memudahkan urusan keluarga yang melawat ahli keluarga yang terkesan.
“Langkah ini diambil bagi memastikan keselamatan dan kesihatan mangsa terjamin sepanjang tempoh penempatan di sini,” katanya.
Dalam pada itu, Amirudin memberitahu pihaknya sempat melawat mangsa yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang yang menghadapi masalah pernafasan manakala isterinya dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Turut hadir Menteri Digital, Gobind Singh Deo serta EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri, Ng Sze Han.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |