Jho Low, suspek 1MDB lain dipercayai masih berada di Macau
CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) difahamkan percaya ahli perniagaan dalam buruan berkaitan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Jho Taek Low atau Jho Low masih bersembunyi di Macau.
Ia berdasarkan jawapan balas suruhanjaya tersebut terhadap soalan dikemukakan Al Jazeera berhubung keberadaan Jho Low.
Laporan itu menyebut, SPRM menyatakan bahawa ia “percaya individu-individu yang dikehendaki untuk kes 1MDB, terutamanya Jho Low, bersembunyi di Macau”.
“Ini juga disahkan oleh beberapa individu yang pernah melihat Jho Low di Macau,” kata suruhanjaya itu seperti dilaporkan al Jazeera.
Pendedahan itu berlaku hanya beberapa minggu selepas penahanan suspek 1MDB, Kee Kok Thiam yang dihantar pulang dari Macau.
Dalam sesi soal siasatnya, Kee mengesahkan dia bertemu Jho Low dan beberapa ‘pelarian’ 1MDB lain – termasuk Eric Tan Kim Loong, Casey Tang Keng Chee, Geh Choh Heng dan Nik Faisal – di Macau dan Jho Low mengarahkannya “tidak pulang ke Malaysia sebagai saksi dalam kes 1MDB.”
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








