Berita SemasaLuar Negara

Jet pejuang terhempas di Teluk San Diego

SAN DIEGO – Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas di Teluk San Diego berhampiran Shelter Island ketika cuba mendarat, menurut kenyataan tentera laut negara itu.

Kejadian pada pukul 10.15 pagi semalam itu melibatkan pesawat EA-18G Growler yang ditugaskan di Skuadron Serangan Elektronik (VAQ) 135 berpangkalan di Stesen Udara Tentera Laut Whidbey Island, Washington.

Pesawat EA-18 Growler merupakan pesawat perang elektronik yang dioperasikan oleh Armada Laut America Syarikat (US Navy)

Menurut pihak berkuasa, kemalangan itu berlaku berhampiran Shelter Island tidak jauh dari Resort Kona Kai San Diego dan kawasan perniagaannya.

Tentera Laut AS mengesahkan hanya dua juruterbang berada di dalam pesawat semasa kejadian.

Kedua-duanya berjaya diselamatkan dan dibawa ke Pusat Perubatan UC San Diego di Hillcrest. Kedua-dua juruterbang dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Jurucakap Pengawal Pantai Amerika Syarikat memberitahu FOX 5 bahawa kedua-dua juruterbang berjaya menyelamatkan diri dengan kerusi lenting dan diselamatkan oleh sebuah bot nelayan selepas berada di dalam air selama kira-kira satu minit.

“Mereka kemudian dipindahkan ke bot kecil Operasi Udara dan Marin Kastam dan Perlindungan Sempadan A.S. yang kebetulan berada di lokasi semasa kejadian berlaku.

“Selepas insiden itu, Pengawal Pantai memperkukuhkan zon keselamatan di sekitar lokasi nahas bagi mengelakkan kapal lain menghampiri kawasan tersebut,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pihak berkuasa kini sedang menyiasat punca kejadian dan operasi pemulihan bangkai pesawat masih diteruskan.

Rakaman video jarak jauh menunjukkan sebuat pesawat terjunam ke dalam laut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button