
Jet pejuang AS jatuh ke laut, tergelincir dari kapal induk
SANA’A – Sebuah pesawat pejuang jenis Super Hornet F/A-18E milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dilaporkan jatuh ke dalam Laut Merah selepas tergelincir dari kapal induk USS Harry S. Truman, lapor New York Post semalam.
Kejadian berlaku ketika kapal pengangkut berkenaan melakukan pusingan mengejut dipercayai untuk mengelak serangan daripada kumpulan pemberontak Houthi di Yemen.
Menurut seorang pegawai tentera yang dipetik saluran CNN, tindakan pusingan mendadak kapal berkuasa nuklear itu menyebabkan sebuah kenderaan penunda yang sedang menarik jet berkenaan hilang kawalan.
Akibatnya, pesawat pejuang yang dianggarkan bernilai AS$56 juta (RM243 juta) itu tercampak ke laut bersama kenderaan penunda berkenaan.
Bagaimanapun, juruterbang dan anggota yang mengendalikan kenderaan penunda berjaya menyelamatkan diri sebelum kedua-dua aset tersebut tenggelam ke dalam laut.
“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.
Kapal induk USS Harry S. Truman yang menjadi aset penting kepada armada Tentera Laut AS dan mampu membawa sehingga 130 buah pesawat tempur pada satu-satu masa.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |