BERITA SEMASAHIBURAN

Jerat Buragas: Giegiel & Dr Kronik kembali gegar pentas rock

KUALA LUMPUR – Selepas lebih dua dekad menyepi daripada dunia hiburan tanah air, dua kumpulan rock yang pernah mencetuskan fenomena, Giegiel dan Dr Kronik kembali dengan kemunculan semula menerusi persembahan ‘showcase’ di Warisan Hall Studio, Sijangkang, Selangor pada 6 September ini.

Penampilan melalui konsert ‘Jerat Buragas’ itu dilihat sebagai usaha mengubat rindu para peminat setia di samping menjelmakan semula identiti muzik kedua-dua kumpulan itu kepada generasi baharu.

Talib Othman selaku wakil Rockstage Entertainment berkata, walaupun penganjuran diadakan pada skala kecil, Dr. Kronik dan Giegiel yang pernah menguasai carta muzik rock tempatan menjanjikan kepuasan aksi pentas yang penuh bertenaga.

Dr. Kronik
Dr. Kronik
Kemunculan semula Giegiel dan Dr Kronik dianggap sebagai tanda kebangkitan semula genre rock tempatan yang kini semakin mendapat tempat di hati peminat.

“Ini bukan sekadar konsert, tetapi satu perjalanan nostalgia dan semestinya satu ‘comeback’ untuk peminat menghayati semula lagu-lagu yang pernah dekat dengan jiwa anak-anak muda.

“Kami mahu membawa peminat kembali mengimbau memori era 2000, di mana Giegiel dan Dr Kronik menjadi antara nama besar yang mengisi ruang muzik rock Malaysia,” katanya kepada Malaysia Tribune.

Selain itu menurut Talib, persembahan bakal menyaksikan pertembungan dua gaya muzik yang berbeza, menjadikan ia pengalaman luar biasa buat peminat.

“Saya percaya sejarah bakal tercipta apabila Giegiel dan Dr Kronik tampil di atas pentas yang sama. Pertemuan ini ibarat sebuah ‘battle of performance’ yang akan menguji kreativiti dan kehebatan mereka,” katanya.

Selain persembahan lagu-lagu hits, konsert itu turut menjanjikan segmen perkongsian pengalaman oleh anggota kedua-dua kumpulan mengenai cabaran industri muzik, proses kreatif serta kisah di sebalik kejayaan mereka dahulu.

Mengulas persediaan Jerat Buragas, kedua-dua kumpulan kini berada dalam fasa akhir latihan bagi memastikan setiap persembahan mencapai standard terbaik dan tidak mengecewakan penonton yang hadir.

Tiket kini dijual pada harga RM90 dan boleh didapati secara eksklusif di laman sesawang www.myticketempire.com

Kumpulan Giegiel
Kumpulan Giegiel

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button