BERITA SEMASA

JENDELA 1: Kadar liputan 4G lebih baik di Terengganu

66 menara telekomunikasi di negeri itu siap dibina

CYBERJAYA – Penduduk Terengganu kini boleh menikmati kadar liputan 4G yang lebih baik apabila kesemua 66 menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) 1 di negeri itu siap dibina sepenuhnya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan hari ini berkata, penyiapan kesemua menara tersebut melonjakkan kadar liputan 4G di negeri itu kepada 97.54 peratus berbanding 93.68 peratus sebelum pelaksanaan JENDELA 1.

Untuk rekod, sebanyak 19 buah menara disiapkan pembinaan di Hulu Terengganu, diikuti 12 menara masing-masing di Marang dan Setiu, Dungun (9), Besut (8), dan masing-masing dua buah di Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Kemaman.

“Sebanyak 39 menara telah diaktifkan menggunakan teknologi Multi Operator Core Network (MOCN) di mana pengguna boleh menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh CelcomDigi, Maxis dan U Mobile.

“Penyediaan perkhidmatan Internet yang kondusif menjadi keutamaan MCMC dan Kerajaan bagi memudahkan urusan harian rakyat serta meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk,” kata MCMC dalam kenyataan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button