BERITA SEMASADALAM NEGERI

Jenazah Tun Abdullah Ahmad Badawi selamat tiba di Masjid Negara

KUALA LUMPUR – Jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi selamat tiba di Masjid Negara pada pukul 8.30 pagi tadi untuk urusan pengurusan jenazah dan penghormatan terakhir.

Menurut menantunya, Khairy Jamaluddin, jenazah Almarhum telah dimandi dan dikafankan oleh pihak Masjid Negara dengan bantuan ahli keluarga terdekat.

Ketika ini, jenazah berada di Dewan Solat Utama Masjid Negara.

“Walaupun pengumuman rasmi mengenai kematian Almarhum telah dibuat semalam, pihak masjid dan keluarga telah bersiap sedia lebih awal.

“Maka kita mengambil keputusan untuk membuka ruang kepada orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari,” katanya kepada media di sini hari ini.

Tambah beliau, pada pukul 1 tengah hari, solat Zohor akan diadakan, diikuti dengan solat jenazah sebelum istiadat pengembumian berlangsung.

“Orang ramai, termasuk sanak saudara, sahabat handai serta seluruh rakyat Malaysia yang ingin menzahirkan penghormatan kepada Almarhum dipelawa hadir ke Masjid Negara,” ujar beliau.

Almarhum Tun Abdullah yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia kelima, dikenang sebagai seorang pemimpin berjiwa besar dan disegani ramai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button