
Jemaah Menteri syor penyahkelasan laporan RCI Batu Puteh
PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini telah membuat keputusan untuk mencadangkan kepada Peguam Negara bagi mempertimbangkan penyahkelasan laporan terakhir pasukan petugas khas Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Batu Puteh.
Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diputuskan hasil mesyuarat Jemaah Menteri yang telah membincangkan berkaitan laporan RCI Batu Puteh yang dibahas di Dewan Rakyat semalam.
“Ini adalah dua dokumen yang berbeza telah dibentangkan dalam Parlimen iaitu laporan RCI Batu Puteh dan dalam laporan RCI itu ada juga merujuk kepada satu laporan pasukan petugas khas Batu Puteh.
“Laporan tersebut berkisar hasil siasatan pasukan-pasukan petugas khas yang telah ditubuhkan pada 29 Oktober 2021 dan laporan akhir telah dibentang pada Jemaah Menteri pada 7 Oktober 2022,” ujar Fahmi.
Tambah beliau laporan tersebut telah dimulakan sewaktu zaman pemerintahan ataupun pentadbiran Perdana Menteri Ke-9 di mana Ahli Parlimen Kota Bharu, Larut dan Putrajaya adalah ahli dalam kalangan Jemaah Menteri pada ketika itu.
Menurut Fahmi lagi dalam mesyuarat hari ini, pihak Jemaah Menteri telah dimaklumkan bahawa hasil laporan bagi pasukan petugas khas adalah sama dengan syor yang telah dikemukakan dalam RCI Batu Puteh.
“Ia bermaksud dari satu sudut kedua-duanya mendapati perkara yang sama. Dan laporan pasukan petugas khas telah mengesyorkan agar ada pendakwaan berdasarkan pengabaian tugas oleh seorang pegawai awam dan inilah juga apa yang telah disyorkan oleh laporan RCI.
“Jadi untuk YB Kota Bharu, YB Larut, YB Putrajaya bertindak seolah-olah apa yang disyorkan oleh RCI ini jauh berbeza daripada laporan yang mereka sendiri telah baca sewaktu mereka berada dalam Jemaah Menteri.
“Ini adalah satu perkara yang cukup mengganjilkan. Dan penyahkelasan dokumen ini akan bersifat penuh kecuali bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan isu-isu diplomasi, isu keselamatan dan juga pertahanan negara,” tegasnya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |