BERITA SEMASA

Jemaah Menteri Sabah angkat sumpah

KOTA KINABALU – Jemaah Menteri kerajaan Sabah mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dalam satu upacara di Istana Seri Kinabalu, hari ini.

Barisan kabinet kerajaan negeri itu, yang diketuai oleh Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri, dibarisi tiga Timbalan Ketua Menteri dan tujuh Menteri.

Tiga Timbalan Ketua Menteri itu membabitkan gabungan dua pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) iaitu Datuk Seri Masidi Manjun dan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, serta Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick.

Dr Joachim, yang juga Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) akan turut mengetuai Kementerian Kerja Raya dan Utiliti, manakala Masidi akan meneruskan portfolio terdahulu sebagai Menteri Kewangan dalam pentadbiran negeri baharu.

Ewon pula akan mengetuai Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Perdagangan.

Tujuh barisan Menteri Sabah:
1) Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan – Datuk Arifin Arif (GRS)
2) Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan – Datuk Jamawi Jaafar (PH)
3) Kementerian Pembangunan Luar Bandar – Datuk Rubin Balang (GRS)
4) Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi – Datuk James Ratib (GRS)
5) Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar – Datuk Jafry Ariffin (BN)
6) Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Komuniti – Datuk Julita Mojungki (GRS)
7) Kementerian Pembangunan Belia, Sukan dan Ekonomi Kreatif – Datuk Nizam Titingan (GRS)

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button