BERITA SEMASA

Jelajah kempen dalam talian tingkat kesedaran masyarakat terhadap jenayah siber

PENGKALAN CHEPA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil melancarkan Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan di sini hari ini.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), siri jelajah itu bertujuan meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai keselamatan dalam talian, sekali gus mengelakkan pengguna daripada terjerumus menjadi mangsa penipuan serta jenayah dalam talian.

“Jelajah ini akan diperluas ke seluruh wnegara bagi mewujudkan persekitaran dalam talian yang selamat, selain penguatkuasaan pelaksanaan pelesenan penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial, pindaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) serta perundangan baharu Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil melancarkan Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan.

Dalam pada itu katanya, turut diadakan ceramah mengenai modus operandi penipuan serta langkah pencegahan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, ceramah “Realiti Dunia Dalam Talian” oleh Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), forum Bicara Klik Dengan Bijak dan reruai pameran.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama, Dr. Hafidzah Mustakim; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan dan Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri MCMC, Bukhari Yahaya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button