BERITA SEMASASUKAN

Jefri Ngadirin dilantik Ketua Pengarah MSN baharu

KUALA LUMPUR – Majlis Sukan Negara (MSN) mengumumkan pelantikan Jefri Ngadirin sebagai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara yang baharu, menggantikan Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak pada 3 April ini.

Pelantikan Jefri sebagai Ketua Pengarah MSN Ke-10 berkuatkuasa pada 4 April itu diumumkan ketika Mesyuarat Lembaga Pengurusan MSN yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, di Bukit Jalil pada hari ini.

Jefri, 52, memulakan kerjaya di MSN sebagai pegawai di Bahagian Pembangunan pada 1993.

Beliau kemudiannya menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan di University of Miami, Florida, Amerika Syarikat sebelum kembali meneruskan khidmat di MSN pada 1999.

Antara tanggungjawab dipikulnya dalam MSN ialah Ketua Unit Sukan Teras, Pengarah Cawangan Pelapis dan Pengarah Bahagian Atlet sebelum dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) pada 8 Januari tahun lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button