BERITA SEMASA

Jasad remaja lemas ketika cuba ambil bola berjaya ditemukan

KAJANG – Jasad remaja lelaki yang dilaporkan lemas ketika cuba mengambil bola dalam longkang di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana akhirnya ditemukan, petang tadi.

Laporan BH Online yang memetik sumber berkata, jsad Khalish Shahdan, 14, ditemukan dalam takungan air berhampiran sebuah pasar raya di Prima Saujana selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mengesan bau di kawasan itu.

Jasad Allahyarham Khalish berjaya dikeluarkan pukul 8.45 malam tadi dan dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat.

Laporan media sebelum ini menyebut, dua beradik berusia 12 dan 14 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang besar sebelum dihanyutkan arus deras.

Jasad Qayyum Shaqeel, 12, ditemukan kira-kira dua kilometer dari lokasi terjatuh pada malam kejadian di Sungai Merbau, Kampung Sungai Kantan jam 7.47 malam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button