Berita Semasa

Jasad kanak-kanak disyaki dibaham buaya ditemukan

LAHAD DATU – Jasad kanak-kanak lelaki yang hilang disyaki akibat dibaham buaya ketika mandi di Pantai Sinakut, Felda Sahabat 16 di sini, ditemukan dalam keadaan tidak sempurna, pagi tadi.

Menurut Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu, Silvester Saimin, jasad itu ditemukan di pantai Sinakut Felda Sahabat 16, pada pukul 7.45 pagi.

Jasad mangsa berusia sembilan tahun ditemui di kawasan pantai tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Kata Silvester, kejadian terjadi ketika mangsa dan ahli keluarga datang bercuti ke rumah keluarganya di Kampung Sinakut.

Mangsa yang mandi bersama lima lagi rakannya dipercayai dibaham buaya dan diheret ke laut sebelum dihanyutkan ke pesisir pantai.

“JHL masih menjalankan siasatan dan jasad mangsa dihantar ke hospital Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button