Berita Semasa

Jangan sensasikan isu agama, hormati kepelbagaian – Aaron Ago Dagang

KUALA LUMPUR – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang mengingatkan semua pihak agar tidak mensensasikan isu berkaitan agama kerana ia boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat majmuk.

Beliau berkata, kebebasan bersuara bukan alasan untuk menghina atau merendahkan kepercayaan agama lain, sebaliknya harus digunakan untuk memperkukuh perpaduan.

Menteri Perpaduan, Aaron Ago Dagang.

“Kepelbagaian yang kita miliki tidak seharusnya menjadi jurang pemisah, sebaliknya perlu dijadikan asas kepada sebuah masyarakat yang inklusif dan saling menghormati,” katanya ketika merasmikan Program Jejak Harmoni sempena Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia 2025 di Sentul, hari ini.

Aaron turut mengingatkan masyarakat agar berhati-hati dalam menyebarkan maklumat berkaitan agama di media sosial bagi mengelakkan penyebaran berita palsu atau kenyataan provokatif.

“Perbuatan itu boleh memburukkan keadaan dan menjejaskan keharmonian. Kita harus bersikap matang dalam setiap perbincangan berkaitan agama dan kaum,” katanya lagi.

Beliau menasihatkan rakyat supaya lebih bertanggungjawab dan memastikan setiap perkongsian tidak menyinggung mana-mana pihak.

Menurut Aaron, kerajaan komited memperkukuhkan perpaduan rakyat menerusi pelbagai inisiatif yang menggalakkan interaksi dan keharmonian bersama.

“Malaysia akan lebih maju jika rakyat memahami, menghormati dan menerima kepelbagaian yang ada,” katanya lagi.

Beliau turut menyeru badan-badan pertubuhan agama untuk terus menyebarkan mesej keharmonian serta nilai-nilai murni demi memastikan keharmonian negara terus terpelihara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button