Berita Semasa

Jangan longgok barangan tidak perlu di PPS mangsa kebakaran paip gas

SUBANG JAYA – Orang ramai dinasihatkan tidak melonggokkan barangan yang tidak diperlukan di
pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.

Tegas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, terdapat trend dalam kalangan pihak tertentu yang menghantar barangan yang tidak diperlukan ke PPS, sekali gus menyukarkan pengurusan bantuan kepada mangsa.

“Di sana bukan tempat untuk kita longgokkan barangan yang tidak perlu kerana sudah ada trend itu,” katanya dalam sidang media selepas
mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri hari ini.

Sebagai rekod, seramai 630 mangsa daripada 157 keluarga sedang menduduki dua PPS, iaitu di PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights dan Dewan Camelia Putra Heights.

Jelas Amirudin, baki 624 mangsa melibatkan 151 keluarga tidak menduduki PPS dan sedang menetap di rumah saudara ataupun kawan atas usaha sendiri.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata,
secara keseluruhannya, seramai 308 keluarga melibatkan 1,254 mangsa yang telah dikenalpasti dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Dua mangsa sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Kerajaan, iaitu satu di Hospital Ampang, manakala satu lagi di Hospital Kuala Lumpur atas sebab terdedah kepada asap yang memberi kesan kepada paru- paru,” katanya.

Dari segi kerosakan kepada rumah-rumah, Amirudin berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mendapati bahawa sejumlah 87 buah rumah yang mengalami kerosakan ‘total loss’ dan tidak boleh didiami.

“Sementara itu, sebanyak 148 buah rumah yang terjejas dan mengalami kerosakan tetapi boleh didiami setelah melalui proses pembaikan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button