BERITA SEMASAPMX

Jangan guna isu agama untuk kepentingan politik – PM

BANGI – Pemimpin dan ahli politik di negara ini diingatkan agar tidak mempergunakan isu agama sebagai senjata politik demi kepentingan peribadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sekiranya perbuatan sedemikian tidak dihentikan, ia boleh membawa kepada perpecahan kaum.

“Jika kita teruskan, ia akan membakar dan memusnahkan rakyat. Namun, pendirian kerajaan jelas dan tegas. Penghinaan terhadap manusia dan agama tidak boleh diterima, apatah lagi dalam negara kita.

“Saya ingin memberi peringatan, jangan gunakan agama sebagai senjata politik,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Teras Jernang, di sini hari ini.

Peringatan itu dibuat berikutan tindakan segelintir pihak yang menyebarkan kenyataan provokatif dan penghinaan memperlekehkan agama di media sosial, termasuk dalam kalangan ahli politik.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, setiap pandangan atau perbincangan mengenai agama perlu dilakukan dengan penuh tanggungjawab, menggunakan saluran yang sah dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan

“Ini bulan Ramadan, hari Jumaat yang mulia. Siapa melanggar, dia perlu ikut jalur hukum,” katanya sambil mengajak semua umat Islam menghormati bulan Ramadan.

Selain itu, Anwar berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang berpotensi menimbulkan ketegangan atau perpecahan antara rakyat Malaysia dan mereka yang ingkar, akan dikenakan tindakan tegas.

“Islam adalah agama Persekutuan yang kita martabatkan, tetapi pada masa yang sama, kita juga perlu menjaga keharmonian,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button