
Jangan buat spekulasi insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram – Fahmi
KOTA KINABALU – Orang ramai terutama warganet dinasihatkan supaya tidak berkongsi maklumat yang meragukan berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi tadi, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, sebaliknya orang ramai perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah seperti pihak berkuasa agar tiada sebarang penyebaran maklumat palsu berkenaan insiden tersebut berlaku.
“Insiden ini masih dalam siasatan dan kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat penuh kejadian, saya pasti PDRM (Polis Diraja Malaysia) akan memberikan maklumat penuh mengenai insiden ini nanti. Kita serahkan kepada mereka.
“Nasihat saya kita jangan terburu-buru buat spekulasi, kerana boleh timbulkan berbagai reaksi tidak betul dan tidak baik mengenai insiden itu,” katanya kepada pengamal media selepas menghadiri majlis sembang santai bersama Komuniti Madani di sini, hari ini.
Terdahulu, kejadian pada pukul 2.45 pagi itu dilaporkan meragut tiga nyawa iaitu dua anggota polis dan suspek yang berusia lingkungan 30-an, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








