BERITA SEMASA

Jambatan runtuh: lebih 100 terkandas di tiga pusat rekreasi Sungkai

TANJUNG MALIM– Lebih 100 orang dilaporkan terkandas selepas jambatan yang menghubungkan jalan utama ke tiga pusat rekreasi dan perkhemahan di Sungkai, di sini, runtuh pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 10.46 pagi.

Menurut Sabarodzi, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat dan pemantauan.

 

“Kejadian melibatkan jambatan yang menjadi laluan utama ke Hot Spring Felda Sungai Klah, Kampung Tisong dan Buyong Mas Sanctuary Camp Site, menyebabkan laluan masuk dan keluar ke kawasan tersebut terputus sepenuhnya.

“JBPM kini bekerjasama rapat dengan agensi-agensi lain bagi membawa keluar mangsa melalui jalan alternatif dan usaha itu sedang giat dijalankan,” katanya menurut laporan SINAR.

Sabarodzi berkata, seramai 45 orang terdiri daripada 17 keluarga merangkumi 39 orang dewasa dan 16 kanak-kanak terkandas di kawasan Hot Spring Sungai Klah turut terlibat adalah beberapa penduduk dari Kampung Orang Asli Tisong.

Selain itu, seramai 81 pelajar dari Politeknik Sultan Azlan Shah bersama 10 kakitangan turut terkandas di pusat perkhemahan Buyong Mas Sanctuary Camp Site ketika menghadiri satu program kursus di lokasi tersebut.

Antara agensi yang terlibat dalam operasi menyelamat termasuk Pejabat Daerah Batang Padang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sungkai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button