BERITA SEMASA

Jambatan konkrit runtuh, empat cedera

SEMPORNA – Empat individu cedera selepas sebuah jambatan konkrit sepanjang 300 meter runtuh di Kampung Bangau-Bangau, di sini malam tadi.

Dalam kejadian itu, sebuah rumah turut rosak manakala sebuah motosikal terjatuh ke dalam laut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 8.03 malam.

“Terdapat empat mangsa, dua daripadanya sudah dibawa ke hospital oleh orang awam.

“Dua lagi, yang mengalami kecederaan ringan, dirawat oleh kakitangan dilokasi kejadian kerana enggan dibawa ke hospital,” menurut satu kenyataan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button