
Jambatan Baltimore runtuh dirempuh kapal kargo, enam hilang.
WASHINGTON – Sekurang-kurangnya enam masih hilang, akibat daripada sebuah kapal kargo yang merempuh jambatan Baltimore di Maryland semalam.
Pihak berkuasa Maryland berkata, enam orang daripada kru pembinaan masih hilang dan dianggap telah meninggal dunia,hanya dua orang dapat diselamatkan sehingga semalam.
“Kapal kargo yang terlibat dalam nahas tersebut membawa 22 anak kapal serta dua kapten bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.
Pihak berkuasa tempatan turut mengesahkan bahawa ketika pelanggaran berlaku, kapal berkenaan dikendalikan oleh seorang kapten dan bukan anak kapal.
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, turut mengesahkan bahawa tiada bukti menunjukkan kejadian itu dilakukan sengaja atau dengan niat.
“Dengan maklumat yang diterima tiada bukti mensabitkan situasi itu,” katanya kepada agensi berita semalam.
Setiausaha Pengangkutan Maryland, Paul Wiedefeld, menjelaskan individu yang mengendalikan kapal kargo itu terlatih untuk mengelak kemalangan berlaku kelmarin.
“Kapal kargo dikenali sebagai Dali itu disewakan kepada syarikat perkapalan Maersk, dalam perjalanan dari Baltimore ke Colombo, Sri Lanka,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |