BERITA SEMASADALAM NEGERI

JAKIM pengerusi bersama Mesyuarat SOM Ke-49 dan MABIMS Ke-21 sempena MIHF 2025

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terus menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkukuh kerjasama serantau dalam hal ehwal Islam apabila tampil sebagai pengerusi bersama Mesyuarat Jawatankuasa Induk Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (Senior Officials’ Meeting – SOM) Ke-49 dan Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama MABIMS Ke-21 Tahun 2025.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM, Dr. Mohamad Kori Jusoh yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM serta Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Azhar Arshad, di Dewan Syura, Kompleks Islam, di sini semalam.

Penganjuran mesyuarat itu merupakan sebahagian daripada pengisian utama sempena Melaka International Halal Festival 2025 (MIHF’25) yang dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 20 Oktober 2025.

Menurut kenyataan JAKIM, penglibatan aktif sebagai pengerusi bersama dalam platform serantau seperti MABIMS (Muzakarah Menteri-Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura) mencerminkan peranan strategik Malaysia dalam memacu kerjasama antara negara-negara anggota, khususnya dalam bidang agama, pembangunan ummah serta industri halal.

“JAKIM kekal komited memainkan peranan aktif dalam memperkukuh kesepakatan dan sinergi serantau, selaras dengan aspirasi Malaysia sebagai peneraju hal ehwal Islam di peringkat antarabangsa,” kata kenyataan itu.

Mesyuarat dan pertemuan tahunan itu membincangkan pelbagai isu penting termasuk dasar-dasar agama, pembangunan sumber manusia Islam, pendidikan, serta inisiatif memperkukuh ekosistem halal di rantau ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button