BERITA SEMASA

JAKIM akan panggil Harith Iskander, mahu penjelasan berkenaan hantarannya di media sosial

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil pelawak Harith Iskander berhubung kontroversi hantaran dibuatnya di media sosial berhubung isu perkataan ‘ham’, baru-baru ini.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya juga telah membuat laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan dan tindakan lanjut kerana isu ini telah menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam.

“Selain itu, JAKIM juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan sekatan akaun dan menurunkan kandungan.

“Semua pihak diminta bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Kenyataan tersebut turut berkata, JAKIM tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang tindakan yang mempersendakan ajaran Islam serta menyinggung sensitiviti umat Islam.

“Diharapkan semua pihak dapat mengamalkan sifat hormat dan bertoleransi dalam kehidupan bermasyarakat.

“Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan negara haruslah dihormati pada setiap masa dan bukanlah alasan untuk masyarakat tidak menjalani kehidupan yang harmoni dalam situasi masyarakat berbilang kaum dan agama,” katanya dalam kenyataan itu lagi.

Kelmarin, pelawak tersebut memuat naik satu hantaran dengan gambar secawan Ham Sap Kopi dengan komen sarkastik mengenai perkataan ‘ham’, dipercayai sindiran kepada isu sandwic ‘ham and cheese’ diragui status halalnya yang dijual di kedai serbaneka, beberapa minggu lepas.

Salah satu komen dalam paparan tersebut, oleh pengguna menggunakan id Cecelia Yap Song KL berbunyi “All names with Mohammad… got to be renamed then”.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button