BERITA SEMASA

JAIS arah solat hajat khas di seluruh Selangor pada 6 dan 13 Jun

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri ini yang diberi kebenaran solat Jumaat mengadakan solat hajat khas pada 6 dan 13 Jun 2025.

Menurut kenyataan JAIS menerusi Facebook hari ini, solat hajat itu akan dilaksanakan sejurus selesai solat Jumaat bagi memohon kebaikan serta pertolongan Allah SWT berhubung kes Mahkamah Persekutuan yang membabitkan Sister In Islam SIS Forum (Malaysia).

“Kes ini melibatkan cabaran terhadap keabsahan fatwa berkaitan fahaman Liberalisme dan Pluralisme Agama.

“Sehubungan itu, semua imam dimohon untuk sama-sama bermunajat memohon kesejahteraan dan perlindungan Ilahi dalam perkara ini,” menurut kenyataan itu.

Mengikut kronologi, SIS Forum Malaysia telah mencabar fatwa tersebut di Mahkamah Tinggi pada tahun 2020, namun rayuan mereka ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 14 Mac 2023.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button