BERITA SEMASA

JAIPk sedang kenal pasti pengikut ajaran Millah Abraham

IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) meningkatkan kerjasama dengan beberapa agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani gerakan ajaran sesat Millah Abraham yang dikesan di negeri ini.

Menurut Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim, pemantauan dan siasatan masih dijalankan terutamanya bagi mengenal pasti pengikut ajaran sesat terbabit serta taktik mereka dalam menyebarkan dakyah ideologi.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan modus operandi kumpulan tersebut mengembangkan ajaran, sambil berkata siasatan masih dilaksanakan.

“Kes ini dalam siasatan dan kami sedang mengenal pasti pengikut-pengikutnya, dan saya tidak boleh mendedahkannya secara terperinci.

“Pihak kami sedang menyiasat kes ini. Pihak kami ada membuat ‘engagement’ (libat urus) dengan agensi-agensi berkaitan termasuk polis ,” katanya ditemui pada Program Bicara Santai sempena Karnival Merdeka x Hingo Fest 2024 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, di sini malam tadi.

Ditanya sama ada JAIPk belum bertindak membasmi gerakan ajaran sesat itu dengan mengheret pengikutnya ke mahkamah syariah seperti yang sudah dilakukan di beberapa negeri seperti Johor dan Negeri Sembilan adalah untuk pemantauan dan pengumpulan bukti, Harith Fadzilah juga enggan mengulas.

“Saya tidak boleh memberi ulasan lanjut kerana bimbang ia boleh mengganggu siasatan,” katanya.

Ketika ditanya sama ada peremehan terhadap hukum-hakam dan syariat Islam menjadi ‘daya penarik’ untuk ajaran itu merekrut lebih ramai pengikut, Harith Fadzilah mengatakan, mereka yang terbabit kebiasaannya kerana kejahilan dan agama.

“Siasatan awal mendapati, mereka yang terbabit kurang pengetahuan agama Islam,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button