Isu Titah Adendum akan dijawab apabila kes selesai dibicarakan – PM Anwar
KUALA LUMPUR – Isu Titah Adendum akan dijawab di Dewan Rakyat sebaik sahaja kes itu selesai di mahkamah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau sebelum ini sudah memberi jaminan akan menjelaskan isu itu di Parlimen nanti.
“Tak jawab Adendum, saya dah bagitau, nak jawab macam mana, kes mahkamah. Selesai kes mahkamah saya jawab, saya nak tengok ketua pembangkang hadir atau tidak.
“Nak lari daripada mana? Kamu boleh jerit banyak mana pun. Saya tahu faktanya, tapi nak suruh singgung kedudukan Raja, saya tak boleh. Dalam hal ini, boleh periksa saya memang (ada) hubungi (Majlis) Raja-Raja,” katanya
Anwar berkata demikian ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman sebelum ini berkata, urusan semakan kehakiman dan pengampunan adalah di bawah bidang kuasa mahkamah dan Lembaga Pengampunan masing-masing, dan tindakan kerajaan untuk tidak membincangkan isu berkenaan di Dewan Rakyat adalah selaras dengan prinsip pemisahan kuasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








