Berita Semasa

Isu tarif timbal balik AS: PM hubungi 4 pemimpin ASEAN

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghubungi empat pemimpin ASEAN bagi mendapatkan pandangan serta menyelaraskan tindak balas bersama terkait isu tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS).

“Hari ini saya berkesempatan mengadakan perbincangan menerusi perbualan telefon bersama pimpinan negara ASEAN antaranya Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam dan Singapura bagi mendapatkan pandangan serta menyelaraskan tindak balas bersama terkait isu tarif timbal balik AS.

“Selaku Pengerusi ASEAN, Malaysia mahukan kesepakatan sesama negara anggota dalam mewujudkan prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam sebarang perundingan perdagangan antara negara, termasuk hubungan rakan dialog ASEAN-AS,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

Menurut Anwar, isu tersebut akan dibawa dalam Mesyuarat Peringkat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN minggu depan.

Katanya, pihaknya akan terus membincangkan perkara itu dan mencari solusi terbaik buat keseluruhan negara anggota.

Kelmarin, Trump mengumumkan AS akan memperkenalkan tarif asas 10 peratus terhadap semua negara dan duti lebih tinggi membabitkan beberapa negara, termasuk Malaysia.

Tarif timbal balik AS yang menyasarkan lebih 180 negara itu bagaimanapun tidak tertakluk ke atas Kanada dan Mexico yang sebelum ini sudahpun dikenakan penalti oleh Trump bagi menekan mereka agar mengambil tindakan lebih tegas terhadap migrasi serta penyeludupan fentanyl haram merentasi sempadan.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia dikenakan tarif timbal balik 24 peratus termasuk kadar asas, manakala negara serantau seperti Kemboja pada 49 peratus, Vietnam (46 peratus), Thailand (36 peratus), Indonesia (32 peratus) dan Singapura (10 peratus).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button