BERITA SEMASA

Isu stoking: Pengurusan KK Mart antara akan dipanggil bantu siasatan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil beberapa pihak termasuk pengurusan kedai serbaneka KK Mart bagi membantu siasatan berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua mereka termasuk saksi akan dipanggil bagi dirakam percakapan dalam masa terdekat.

“Polis sedang menyiasat kes ini dan semua yang berkaitan akan dipanggil untuk membantu siasatan,” kata Razarudin, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pula berkata, sebanyak 42 laporan polis telah diterima di seluruh negara berkaitan isu tersebut dan pihaknya sudah membuka dua kertas siasatan.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini turut memaklumkan, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan Undang-undang, D5, Bukit Aman.

Katanya lagi, kes disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia

Mohd Shuhaily turut menambah, kes masih di peringkat siasatan dan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button