BERITA SEMASADALAM NEGERIPMX

Isu saman Petros-Petronas Carigali : PM jamin penyelesaian dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua pihak berkepentingan dalam isu membabitkan Petroleum Nasiona Berhad (Petronas) dengan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) supaya menangguhkan sebarang tindakan atau mengeluarkan sebarang kenyataan.

Anwar berkata, perbincangan mengenai isu tersebut akan diselesaikan melalui perbincangan dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam masa terdekat berdasarkan prinsip yang telah disepakati sebelum ini.

“Saya telah berkesempatan bercakap dengan Premier Sarawak Abang Johari Openg semalam mengenai urusan PETRONAS-Petros berdasarkan prinsip yang telah disepakati sebelum ini.

“Sekembalinya Premier dari lawatan rasmi ke London, United Kingdom kelak, kami akan segera mengadakan perbincangan lanjut untuk memuktamadkannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar berkata, beliau mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa isu tersebut dapat diselesaikan secara berhemah.

Sebelum ini, Petros yang merupakan syarikat milik Kerajaan Negeri Sarawak memfailkan notis undang-undang terhadap Petronas (Petronas Carigali) atas dakwaan beroperasi secara haram di perairan Sarawak.

Tindakan tersebut menurut Petros melanggar Seskyen 7 (e) Ordinan Pengagihan Gas Sarawak 2016.

Petronas Carigali diberikan tempoh 21 hari untuk mendapatkan lesen yang mana jika gagal boleh membawa kepada penalti kewangan bawah Seksyen 21A ordinan itu.

Sementara itu, Abang Johari sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan negeri itu ketika ini memberi tumpuan dalam memperkukuh asas ekonomi Sarawak khususnya disokong dengan penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan Sarawak dengan penyediaan simpanan sebanyak RM8 bilion.

 

 

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button