
BERITA SEMASAKEMENTERIAN KOMUNIKASI
Isu pelantikan Ketua Hakim Negara belum dibincang terperinci – Fahmi Fadzil
PUTRAJAYA – Isu pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu disentuh secara ringkas dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, namun tidak dibincangkan secara mendalam.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perbincangan tersebut hanya merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum ini.
“(Pelantikan Ketua Hakim) tidak dibincangkan secara terperinci, cuma disentuh secara umum berdasarkan ucapan Perdana Menteri semasa perhimpunan bulanan JPM tempoh hari,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |