
Isu kakitangan radio persenda agama lain, polis buka kertas siasatan
KUALA LUMPUR – Pihak polis sudah membuka kertas siasatan berikutan tindakan kakitangan sebuah stesen radio disyaki mempersenda upacara agama lain menerusi media sosial.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini pihaknya sudah menerima enam laporan di seluruh negara berkaitan kes itu.
Jelasnya, laporan terawal dibuat seorang jurutera berusia 44 tahun yang melihat satu hantaran video di aplikasi Facebook memaparkan beberapa individu daripada pihak stesen radio itu didakwa mempersendakan agama Hindu.
“Beberapa individu daripada radio terbabit didakwa bersorak perkataan ‘Vel, Vel’, manakala seorang lelaki sedang menari.
“Pengadu membuat laporan polis kerana perkara itu mempersendakan agama Hindu dan sensitiviti,” katanya, hari ini.
Semakan terhadap akaun media sosial itu mendapati, video asal yang dimuat naik sudah dipadamkan dan pihak tersebut turut mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka melalui akaun rasmi Facebook stesen radio itu.
“Video itu telah ditonton sebanyak 95,400 dengan perkongsian sebanyak 204. Susulan itu, kita menjalankan siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |