BERITA SEMASA

Isu Jalur Gemilang: Kerajaan digesa perkenal garis panduan penggunaan simbol negara

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO mengecam tindakan tidak bertanggungjawab sebuah akhbar yang telah menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap baru-baru ini.

Menurut Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad, pihaknya mahu kerajaan mengenakan hukuman yang tegas terhadap akhbar tersebut sebagai pengajaran kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab daripada terus menghina symbol kedaulatan dan perpaduan di negara ini.

“Menggunakan bendera Malaysia dengan betul adalah sangat penting kerana ia melambangkan kedaulatan, maruah dan identiti negara.

“Akibat tidak menggunakan bendera Malaysia dengan betul boleh membawa implikasi undang-undang, sosial dan moral,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

AKHBAR Kwong Wah Yit Poh turut terpalit kontroversi memaparkan bendera Jalur Gemilang yang tidak lengkap sekali gus mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia. – Foto Internet

Justeru, katanya, Wanita UMNO mencadangkan supaya kerajaan mengambil beberapa langkah proaktif melibatkan pendidikan, penguatkuasaan dan kesedaran awam bagi memastikan insiden yang sama seperti ini tidak lagi berulang.

Katanya lagi, kerajaan perlu mengeluarkan garis panduan khusus yang lebih terperinci dan mudah diakses mengenai penggunaan simbol negara seperti Jalur Gemilang dan Jata Negara.

“Garis panduan khusus ini bukan sekadar untuk hukuman, tetapi pendidikan dan pencegahan. Ia akan memudahkan rakyat dan pihak swasta memahami batasan, sekaligus mengelakkan kontroversi yang boleh menyebabkan keharmonian di negara ini tergugat,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button