BERITA SEMASA

‘Isu ini dalam tindakan Jabatan Tenaga Kerja’ – Steven

Isu rangkaian klinik didakwa tidak bayar gaji pekerja sejak bulan lalu

PUTRAJAYA – Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sedang menyiasat dakwaan pekerja sebuah rangkaian klinik swasta bahawa mereka tidak dibayar gaji.

Perkara itu disahkan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dalam satu ciapan di akaun X miliknya semalam.

“Isu ini dalam tindakan Jabatan Tenaga Kerja. Terima kasih atas makluman,” katanya.

Isu ini menjadi tular di media sosial, apabila individu yang mendakwa pekerja rangkaian klinik tersebut berkongsi rintihan mereka tidak dibayar gaji oleh majikan sejak bulan lalu.

Mereka turut mendakwa, potongan bagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang ditolak daripada gaji tidak dibayar kepada kedua-dua agensi berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button