BERITA SEMASA

Isu ham: Harith Iskander dakwa terima ugutan bunuh, terpaksa batalkan persembahan 

KUALA LUMPUR – Pelawak terkenal, Harith Iskander mendakwa menerima ugutan bunuh yang turut menyasarkan keluarganya susulan satu hantaran kontroversi yang dimuat naik dalam laman media sosialnya.

Menurut bekas isterinya, Dr Jezamine Lim, ugutan jenayah itu menyebabkan pelawak itu terpaksa membatalkan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas.

“Harith dan saya amat kecewa dengan pembatalan persembahan Harith di Dewan Filharmonik Petronas. Selepas perbincangan, ini adalah keputusan terbaik untuk kami dan keluarga.

” Minggu lalu, saya menerima ugutan bunuh yang ditujukan kepada saya, tetapi apa yang lebih memberi kesan adalah ancaman penderaan yang keji terhadap anak-anak kita. Biar saya jelaskan, ancaman keselamatan terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah sangat melampau.

“Perbuatan itu sangat keji, pengecut dan tidak berperikemanusiaan. Laporan telah dibuat dan polis sedang menyiasat, jadi saya tidak akan mengulas lanjut mengenai perkara itu,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya.

Menurutnya lagi, susulan ugutan itu, mereka dan pengurusan Dewan Filharmonik bersetuju untuk membatalkan persembahan tersebut.

Keputusan ini tidak dibuat dengan mudah. Harith telah membuat persiapan dan berkerja keras selama berbulan-bulan, keputusan pembatalan ini telah menyayat hatinya dan amat mengecewakan kami semua kerana Zander dan Zydane sepatutnya menjadi sebahagian daripada aksi pembukaan persembahan itu,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button