Isu 3R: Kerajaan terikat dengan pandangan Raja-Raja Melayu
KUALA LUMPUR – Kerajaan terikat dengan pandangan Raja-Raja Melayu dalam isu 3R (agama, kaum dan raja) yang tidak mengizinkan sebarang kecaman di khalayak tanpa tindakan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian kerajaan adalah isu 3R tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menyekat kebebasan media dan hak bersuara rakyat, namun jika wujud laporan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh menyiasat.
“Sementara kita izinkan orang ramai bicara, tapi sidang dalam Raja-Raja Melayu sangat tegas. Kita terikat dengan pandangan raja-raja bahawa mereka tidak mahu dan mengizinkan sebarang kecaman di khalayak tanpa tindakan.
“Kalau dibangkitkan kecaman terhadap saya memang berbakul-bakul, (tapi) tiada tindakan. Tapi kalau ada laporan polis, biar polis uruskan, saya tidak peduli sangat hal sedemikian,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Anwar berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) pada sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar mengakui wujud keperluan untuk perbaiki persepsi awam terhadap isu 3R, namun kerajaannya berdepan keterbatasan dalam merungkai permasalahan itu.
Pelbagai pihak termasuk pemimpin pembangkang sebelum ini mempertikaikan tindakan pihak berkuasa menyiasat individu, termasuk pemimpin politik yang dikaitkan dengan mengeluarkan kenyataan berbaur 3R.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






