
Isteri selebriti Fikry Ibrahim fail cerai selepas empat bulan berkahwin, dakwa tiada persefahaman
KUALA LUMPUR – Hanya selepas empat bulan berkahwin, rumah tangga pengacara dan pelakon, Fikry Ibrahim dilanda badai apabila isterinya, Siti Khalizah Alihan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.
Siti Khalizah selaku plaintif tiba di mahkamah pada pukul 9.40 pagi, manakala Fikry selaku defendan tidak kelihatan.
Perkara itu disahkan oleh peguam syarie mewakili Siti Khalizah, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib.

“Saya hanya boleh maklumkan punca perceraian adalah tiada persefahaman. Pihak defendan sudah terima surat permohonan cerai daripada pihak kami,” kata Wan Muhammad Afiq memetik laporan portal MStar.
Selain itu, beliau juga memberitahu anak guamnya masih memberikan ruang kepada Fikry untuk berdamai.
“Khalizah memfailkan cerai sekitar bulan lepas. Buat masa ini, dia masih beri ruang perdamaian,” tambahnya.
Prosiding tuntutan dan permohonan perceraian itu dilakukan di hadapan hakim syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin.
Permohonan cerai itu difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Mahkamah menetapkan sebutan kedua kes cerai pasangan itu pada 10 September depan.
Fikry yang berusia 31 tahun dan Siti Khalizah, 37, melangsungkan perkahwinan secara tertutup di Jitra, Kedah pada 12 Februari lalu.
Sebelum ini, menerusi temubual bersama program Melodi, Fikry pernah berkongsi dia tidak berniat merahsiakan perkahwinan.
“Bukan mahu merahsiakan perkahwinan, tapi saya percaya jika belum pasti jangan kongsi,” katanya ketika itu.
Selepas berkahwin, Fikry memberitahu dia masih mempunyai tanggungjawab menjaga ibunya yang uzur di kampung.
Antara drama popular lakonan Fikry termasuklah Rahsia Hati Perempuan, Cinta Buat Emelda, Kau Yang Pertama dan Kerana Dia Suka.
Selain itu, Fikry turut membuat penampilan di layar perak menerusi filem aksi Takluk: Lahad Datu.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |