
BERITA SEMASA
Isteri Premier Sarawak meninggal dunia
KUCHING – Isteri kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg meninggal dunia pada usia 76 tahun, awal pagi tadi.
Allahyarhamah Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang, menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.34 pagi di Pusat Perubatan Normah, di sini.
Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman memaklumkan majlis penghormatan terakhir akan diadakan di Masjid Jamek, Petra Jaya, bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.
“Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |