BERITA SEMASALUAR NEGARA

Isteri Perdana Menteri Thailand didakwa ugut media

BANGKOK – Ketegangan antara isteri Perdana Menteri Thailand dan media negara itu tercetus apabila Thananon Niramit, isteri kepada Anutin Charnvirakul didakwa menegur sekumpulan wartawan kerana dikatakan ‘terlalu kejam’ terhadap suaminya sekaligsu mencetuskan dakwaan kononnya beliau cuba mengancam kebebasan media.

Ahli Parlimen Parti Rakyat, Pukkamon Nunarnan mendakwa tindakan Thananon itu tidak wajar dan boleh dianggap sebagai cubaan menekan wartawan, selepas rakaman video pertemuan singkat antara beliau dan media tular di platform sosial.

Insiden itu berlaku di Pangkalan Tentera Udara Wing 6, Don Mueang, pada malam Selasa, sebaik Anutin pulang dari lawatan kerja ke Malaysia.

Dalam rakaman berkenaan, Thananon dilihat menegur wartawan yang menemu bual suaminya mengenai beberapa isu sensitif.

Antara soalan yang diajukan ketika itu termasuk kenyataan Anutin yang didakwa mengakui rakyat Thailand menceroboh tanah di wilayah Kemboja.

Related Articles

Menjawab soalan itu, Anutin menjelaskan beliau hanya merujuk kepada kawasan sempadan yang masih dalam pertikaian antara kedua-dua negara, serta menegaskan pentingnya mematuhi perjanjian sedia ada.

Beliau turut memohon maaf sekiranya kenyataan sebelumnya menimbulkan kekeliruan.

Wartawan turut mengajukan soalan mengenai perjanjian bahan mineral kritikal serta rangka kerja perdagangan yang ditandatangani bersama Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur, selain laporan tentang rancangan Thailand membeli 80 pesawat AS bernilai 8.8 bilion baht (RM1.14 bilion).

Turut disentuh ialah dakwaan seorang ahli Parlimen parti gabungan kerajaan menerima wang daripada kumpulan penipu. Namun, Anutin menamatkan sesi itu dengan alasan perlu meneruskan jadual padatnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button