BERITA SEMASA

Isteri Eddie Wings meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Isteri kepada pemain gitar kumpulan Wings, Eddie iaitu Norlela Mohd Yusof, 61, meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang, petang tadi.

Berita duka itu dikongsi dalam laman Facebook Sayap-Sayap Wings.

“Dengan dukacita dimaklumkan bahawa isteri kepada abang Eddie Wings iaitu Norlela Mohd Yusof telah kembali ke Rahmatullah pada 7.7.2023 sekitar 2.30 petang.

“Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Dalam pada itu memetik laporan Mstar, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang.

Eddie atau Samsaidi Ulong Idris, 55, memberitahu Allahyarham sudah dua minggu menerima rawatan di hospital itu akibat penyakit yang dialami.

Difahamkan jenazah akan dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, selepas Maghrib.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button