BERITA SEMASALUAR NEGARA

Israel ikrar rampas Gaza sepenuhnya

TEL AVIV — Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menegaskan Israel akan terus menguasai sepenuhnya Semenanjung Gaza menerusi operasi ketenteraan tanpa kompromi sehingga semua objektif negara haram mereka dicapai.

Menurut beliau, tiga syarat mesti dipenuhi sebelum konflik ditamatkan.

“Kami tidak akan menamatkan perang ini sebelum Hamas dihapuskan sepenuhnya, semua tebusan dibebaskan dan Gaza tidak lagi menjadi ancaman kepada Israel.

“Kami tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Kali ini, kami akan kekal di Gaza. Kawalan penuh adalah perlu untuk memastikan keselamatan rakyat Israel,” katanya dalam satu sidang media yang disiarkan secara langsung.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), walaupun lebih 100 trak bantuan kemanusiaan telah dibenarkan memasuki wilayah itu, bantuan itu masih belum sampai kepada penduduk kerana masalah pengedaran dan keselamatan.

Timbalan Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan, Martin Griffiths memaklumkan jumlah bantuan itu terlalu sedikit untuk memenuhi keperluan lebih dua juta penduduk Gaza.

Keadaan di Gaza semakin kritikal apabila lebih 93 peratus kanak-kanak dilaporkan mengalami malnutrisi teruk dan kebuluran.

Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russell berkata, kanak-kanak di Gaza sedang mati perlahan-lahan akibat kelaparan.

Pascale Coissard dari Doctors Without Borders menyifatkan situasi itu sebagai neraka dunia dengan orang awam yang kehabisan makanan, ubat dan harapan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button