
Ismail Sabri dipanggil semula SPRM hari ini selepas hadir kali kelapan semalam
PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dijadualkan kembali ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 3 petang ini bagi menyambung sesi soal siasat berkaitan siasatan membabitkan empat bekas pegawai kanan beliau.
Menurut sumber SPRM, Ismail dipanggil semula selepas hadir buat kali kelapan semalam untuk memberikan keterangan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM sekitar pukul 6.10 petang, selepas hampir tujuh jam disoal siasat.
Difahamkan, siasatan itu susulan rampasan wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas dalam beberapa serbuan ke atas kediaman empat pegawai terbabit serta tiga premis lain yang dipercayai dijadikan sebagai ‘safe house’.
Setakat ini, Ismail telah hadir ke SPRM sebanyak lapan kali iaitu pada 19 Februari, 13, 14, 17, 19, 20 dan 24 Mac serta semalam, dengan setiap sesi berlangsung kira-kira enam jam.
Beliau juga telah mengisytiharkan aset kepada SPRM pada 10 Februari lalu.
Bagaimanapun, dua sesi yang dijadualkan pada 5 dan 7 Mac tidak dapat dihadiri selepas beliau dilaporkan rebah di kediamannya pada 22 Februari dan dimasukkan ke hospital akibat masalah tekanan darah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






