BERITA SEMASABISNES & EKONOMIINISIATIF KERAJAAN

Tunku Ismail berkenan sempurnakan pengoperasian Landasan Berkembar Elektrik Gemas-JB

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan merasmikan Majlis Penyempurnaan dan Pengoperasian Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru di Stesen Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Kempas Baru, di sini, hari ini.

Turut menyaksikan perasmian, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Susulan itu, Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang sebelum ini berakhir di Kluang, beroperasi sepenuhnya hingga ke Johor Bahru.

Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru merupakan salah satu daripada inisiatif infrastruktur rel terbesar negara, yang mencatatkan detik bersejarah hari ini.

Projek nasional berskala besar itu direalisasikan melalui kerjasama strategik tiga entiti utama membabitkan Kementerian Pengangkutan (MOT), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Perbadanan Aset Keretapi (RAC).

Landasan tersebut merangkumi jajaran sepanjang 192 kilometer dan melibatkan 11 stesen moden, direka bentuk untuk meningkatkan kapasiti perjalanan, mempercepat operasi rel serta memperkukuh hubungan ekonomi di koridor Johor–Selatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button