BERITA SEMASALUAR NEGARA

Iran haramkan penggunaan Starlink, hukuman berat menanti pengguna

TEHRAN – Kerajaan Iran secara rasmi mengharamkan penggunaan internet satelit Starlink di negara itu, dengan hukuman berat termasuk denda, sebat dan penjara sehingga dua tahun bagi mereka yang didapati melanggarnya.

Menurut laporan The Jerusalem Post, langkah drastik itu diambil bagi menyekat akses rakyat kepada internet yang membolehkan mereka memintas sekatan dan penapisan oleh pihak berkuasa.

Pegawai Iran berkata, tindakan tersebut penting bagi mengekalkan kawalan ke atas maklumat dan mencegah penyebaran maklumat tanpa tapisan kerajaan.

Starlink, yang dikendalikan oleh rangkaian satelit milik Elon Musk, telah menjadi pilihan rakyat Iran untuk mendapatkan akses kepada internet bebas penapisan, termasuk laman sesawang yang disekat serta aplikasi komunikasi yang sebelum ini diharamkan.

Walaupun berdepan hukuman berat, pakar menganggarkan antara 20,000 hingga 40,000 peranti Starlink masih aktif di Iran, yang kebanyakannya dibawa masuk melalui pasaran gelap.

Baca juga : Iran umum 224 kematian akibat serangan Israel

Iran sebelum ini turut mengambil langkah menyekat penggunaan perkhidmatan VPN dan aplikasi pemesejan, namun populariti Starlink mengakibatkan sebahagian penduduk tetap berusaha mencari jalan untuk bebas daripada kawalan maklumat ketat oleh kerajaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button