
Iran umum 224 kematian akibat serangan Israel
ISTANBUL – Sekurang-kurangnya 224 rakyat Iran terbunuh, manakala lebih 1,000 cedera dalam serangan udara yang dilancarkan Israel ke atas beberapa lokasi strategik di Iran.
Kementerian Kesihatan Iran, Dr. Hossein Kermanpour berkata, angka korban dan kecederaan mencecah 1,481 orang, menjadikan insiden itu antara paling berdarah sejak ketegangan terbaru tercetus antara kedua-dua negara.
“Setakat ini, seramai 1,277 orang telah menerima rawatan di hospital universiti, manakala selebihnya telah dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.
Menerusi hantaran di media sosial, Dr. Hossein memaklumkan lebih 90 peratus daripada mangsa yang cedera merupakan orang awam, merangkumi wanita dan kanak-kanak.
“Serangan yang dilancarkan Israel pada Jumaat lalu menyasarkan kemudahan berkaitan program nuklear dan peluru berpandu Iran, termasuk pangkalan yang menempatkan beberapa pegawai kanan tentera serta saintis pertahanan.
“Serangan itu mencetuskan tindak balas segera daripada Teheran yang kemudiannya melepaskan peluru berpandu balistik dan dron ke arah sasaran tertentu di Israel,” jelasnya.
Ketegangan itu dijangka meningkat dalam masa terdekat, sekali gus menimbulkan kebimbangan masyarakat antarabangsa terhadap potensi konflik berskala lebih besar di rantau Asia Barat.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |
One Comment