Berita Semasa

‘Inspektor Sheila’ sudah dikenakan perintah tahan kerja – JIPS Bukit Aman

CYBERJAYA – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa Inspektor Percubaan, Sheila Sharon telah dikenakan perintah tahan kerja.

Menurut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad, perintah tahan kerja mengikut Seksyen 78 Akta Polis 1967 itu telah disempurnakan terhadap pegawai berkenaan.

“Sehubungan itu segala kuasa-kuasa, hak dan keistimewaan subjek (Sheila) sebagai seorang pegawai polis adalah tergantung sehingga diputuskan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT),” kata Azri dalam satu kenyataan, hari ini.

Pagi tadi, Sheila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang dengan tiga pertuduhan jenayah iaitu dua di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan satu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Dia didakwa atas tiga pertuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam.

Menurut laporan NST, ketika ditemui selepas prosiding, Sheila yang sebelum ini tular dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ memaklumkan belum menerima sebarang pemakluman bahawa dia digantung daripada tugas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button