BERITA SEMASA

Inspektor polis wanita hina anggota bawahan ditahan

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai polis wanita yang terbabit dalam kejadian menghina anggota polis bawahan hari ini ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pegawai wanita itu ditahan awal pagi tadi bagi melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan.

“Wanita itu akan diberi jamin petang ini selepas melengkapkan keterangannya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Semalam, suspek yang juga penjawat awam itu sudah memberikan keterangan di Bahagaian Siasatan Jenayah , Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Pada Jumaat lalu, tular video memaparkan seorang wanita mengeluarkan kata-kata berbentuk hinaan terhadap anggota polis dalam satu kejadian di Taman Sri Gombak, Batu Caves.

Hari ini, tular satu lagi video membabitkan pegawai polis wanita itu di kawasan parkir pusat beli-belah di Brickfields.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat wanita itu, kekecohan berlaku ketika dia bersama ibu dan neneknya yang berada di dalam kereta secara tiba-tiba didatangi sebuah kenderaan yang ingin masuk ke parkir kosong lalu membunyikan hon serta memarahi wanita terbabit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button