BERITA SEMASA

Insiden Putra Heights: Kerajaan negeri tawar 100 rumah sewa sementara kepada mangsa

SUBANG JAYA – Kerajaan negeri Selangor menawarkan 100 unit rumah sewa sementara kepada penduduk yang terjejas akibat insiden letupan paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu.

Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah berkata, kesemua unit yang ditawarkan itu terletak di Pangsapuri Sri Suria, Kota Warisan, Sepang.

Tambahnya, inisiatif itu merupakan satu langkah segera bagi memastikan mangsa mempunyai tempat tinggal yang selesa dan selamat dalam tempoh pemulihan.

“Kadar sewa ditetapkan sebanyak RM850 sebulan, termasuk yuran penyelenggaraan, untuk tempoh enam bulan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Selangor Prihatin, di sini hari ini.

Jelas beliau, unit yang ditawarkan berkeluasan 1,100 kaki persegi dan dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air serta kemudahan asas seperti kipas, lampu dan pagar keselamatan.

Surat tawaran akan dikeluarkan dalam tempoh sehari diikuti penyerahan kunci dijangka dibuat dalam masa dua hari selepas tawaran disahkan.

“Tawaran itu terbuka kepada semua penduduk terjejas, tanpa mengira status pemilikan rumah sama ada pemilik atau penyewa,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button