
Insiden Putra Heights: Kerajaan negeri serah bantuan sewa, taklimat pembangunan semula kawasan Khamis ini
SHAH ALAM – Kerajaan Negeri akan menyerahkan bantuan sewa selama tiga bulan serta taklimat cadangan projek pembangunan semula kepada mangsa kebakaran akibat letupan paip gas di Putra Heights, Khamis ini.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, pihaknya turut sudah menghantar kertas cadangan kepada Kerajaan Pusat berhubung hasrat membaik pulih kawasan terjejas, lapor SelangorKini.
“Langkah seterusnya kita sedang tunggu keputusan Kabinet. Kita sudah hantar kertas cadangan bagaimana untuk baik pulih (kawasan terjejas di Putra Heights).
“Khamis ini kita akan panggil penduduk untuk serahkan sewa tiga bulan dan kita akan maklumkan juga proses pembangunan semula kepada 396 isi rumah yang terlibat,” katanya.
Amirudin berkata demikian selepas menghadiri Majlis Menandatangani Usahasama antara Nestle Malaysia dan KDEB Waste Management (KDEBWM) di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini hari ini.
Tambahnya, kerajaan negeri berusaha sebaik mungkin selain berada di landasan betul menerusi semua proses selepas insiden kebakaran paip gas Petronas itu.
“Kita dalam landasan betul dan kita cuba sebaik mungkin. Kita akan terangkan apakah dan bagaimana projek pembaikan itu. Ada tiga kategori dan kita akan maklumkan dalam taklimat,” katanya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |