BERITA SEMASA

Insiden Putra Heights: 219 keluarga sudah terima sumbangan tunai

SHAH ALAM – Sebanyak 219 keluarga yang terjejas akibat insiden letupan paip gas di Putra Heights sudah menerima sumbangan tunai seperti yang diumumkan sebelum ini.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri sudah memuktamadkan 469 keluarga yang layak untuk menerima sumbangan sama ada RM10,000 atau RM5,000.

Angka ini, katanya, disahkan oleh Pejabat Daerah Petaling dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Proses penyerahan fasa pertama sudah diselesaikan Isnin lepas membabitkan 219 ketua isi rumah sama ada yang musnah sepenuhnya atau separa musnah.

“Selebihnya 250 lagi akan menerima sumbangan dalam minggu ini, insya Allah kita yakin kita akan dapat menyelesaikan sumbangan pada akhir minggu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Wisma Dewan Annexe, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Amirudin berkata, penerangan mengenai senarai bantuan penuh kepada penduduk yang terjejas boleh mula diakses menerusi laman sesawang yang dibangunkan, mulai malam ini

Antara tersenarai termasuk sumbangan tunai, bantuan sewa, kenderaan dan sebagainya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button