Insiden gangguan LRT: Rapid Rail siasat punca kenderaan penyelenggaraan tergelincir
KUALA LUMPUR – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) akan melakukan siasatan terperinci susulan insiden sebuah kenderaan penyelenggaraan tergelincir dari landasan di Stesen Universiti menyebabkan gangguan pada perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya awal pagi tadi.
Menurut Rapid Rail dalam satu kenyataan, perkhidmatan tren kembali beroperasi sepenuhnya pada pukul 7.41 pagi selepas kerja baik pulih selesai dijalankan.
“Siasatan terperinci akan dijalankan untuk mengenal pasti punca insiden dan memastikan langkah pencegahan sewajarnya dapat diambil,” katanya.
Tambahnya, sepanjang tempoh gangguan, tren alternatif dan bas perantara telah diaktifkan untuk membolehkan penumpang meneruskan perjalanan antara stesen terjejas termasuk dari Taman Bahagia hingga KL Sentral.
“Kami menghargai kesabaran semua penumpang sepanjang tempoh gangguan dan memohon maaf atas kesulitan yang dialami,” kata kenyataan itu lagi.

Menurutnya, pasukan operasi Rapid Rail turut dipertingkatkan dengan pemantauan rapi selain anggota polis bantuan dan petugas stesen yang ditempatkan di platform serta ruang legar untuk mengawal kesesakan pengguna.
Terdahulu, tular di media sosial selepas pengguna melaporkan gangguan berlaku seawal pagi menyebabkan kesesakan di beberapa stesen akibat kerosakan sistem semboyan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




