Berita SemasaSukan

Indonesia lantik Kluivert latih pasukan Sang Garuda

JAKARTA – Bekas penyerang berbisa Belanda, Patrick Kluivert difahamkan dilantik sebagai jurulatih pasukan bola sepak Indonesia yang baharu.

Difahamkan, Kluivert,48, menandatangani kontrak selama dua tahun.

Kluivert akan diperkenalkan secara rasmi pada 12 Januari nanti.

Pelantikan Kluivert menunjukkan komitmen Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia (PSSI) terhadap strategi ‘Dutchification’, termasuk menaturalisasi pemain keturunan Belanda-Indonesia untuk memperkuat skuad.

Dasar ini membuahkan hasil awal, dengan Indonesia berjaya mencapai pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 di Asia buat pertama kali.

Pasukan ini kini hanya selangkah untuk mendapatkan tiket automatik, berada di tangga ketiga Kumpulan C, bersaing dengan pasukan kuat seperti Jepun, Australia, dan Arab Saudi.

Sebelum ini, PSSI sudah menyenarai pendek beberapa nama sebagai jurulatih bagi menggantikan jurulatih kelahiran Korea Selatan, Shin Tae-yang yang dipecat, baru-baru ini.

Laporan media tempatan menyebut, Pengerusi PSSI, Erick Thohir sudah menemuduga tiga calon, antaranya Kluivert dan Louis van Gaal.

“Salah seorang calon yang kami temuduga ialah Patrick Kluivert, bersama dengan pasukan pembantu yang dicadangkan olehnya,”

“Kami mencari individu yang boleh memberikan usaha tambahan dalam aspek komunikasi, kepimpinan, dan pemahaman taktikal,” kata bekas presiden kelab Serie A Inter Milan itu, semalam.

Kluivert dianggap sebagai salah satu penyerang terbaik Eropah pada tahun 1990-an dan awal 2000-an, dan pernah memenangi Liga Juara-Juara bersama Ajax pada 1995 dan La Liga bersama Barcelona pada 1999.

Beliau juga pernah bermain untuk kelab terkenal seperti AC Milan, Newcastle United, LOSC Lille, Valencia, dan PSV.

Di peringkat antarabangsa, Kluivert memiliki 79 caps untuk Belanda, dengan 40 jaringan gol, dan pernah beraksi di pentas separuh akhir Piala Dunia 1998 dan Euro 2000.

Sejak bersara daripada bermain, Kluivert telah memegang pelbagai peranan, termasuk penolong jurulatih Belanda dari 2012 hingga 2014, pengarah bola sepak di PSG dari 2016 hingga 2017, dan penasihat akademi bola sepak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button